Kali ini, aku nak bercerita pengalaman SERAM yang aku sendiri lalui. Peristiwa itu aku alami ketika zaman sekolah menengah, aku menyertai satu aktiviti bercamping 4 hari 3 mlm di Tanjung S-----, di daerah Mersing. Lama tu....macam-macam aktiviti dari pagi ke mlm telah di adakan ketika di sana.
Pada malam pertama dan kedua, takde ape2 peristiwa or benda2 pelik yg kitorg jumpa. Maklum lah masing2 tgh excited kot. Bila masuk mlm yg ketiga dan terakhir kami bermalam di sana, terjadi lah satu peristiwa yg tidak aku n geng2 aku ingini. Disebabkan mlm tu mlm terakhir kami, maka takde la apa2 aktiviti di rancang pd mlm tu. Kebetulan cuaca mlm tu menunjukkan hari nak hujan. Kitorg dibenarkan berehat dan tidur awal sekiranya takde ape2 nak dibuat.
Aku bersama dgn 3 lagi geng dlm khemah yg sama, tidur agak lewat mlm tu. kami habiskan masa berborak dan bercerita pelbagai topik. Di luar khemah, hujan mula rintik2 dan lama kelamaan semakin lebat. Agak-agak pukul 2 pg kami lelapkan mata.
Tak sampai sejam kitorg terlena, kitorg dikejutkan oleh seorg member yg sedar bahawa khemah kitorg bocor. Kitorg pun mencapai payung n lampu suluh, keluar n panggil salah seorg coach yg bertugas. Coach tu tolong kitorg baiki khemah, nasib baik hujan dah reda.
Dalam pada kitorg menuggu khemah dibaiki, aku yg berdiri berhadapan dgn coach tadi, terpandang satu lembaga putih di belakang coach tu kira kira jarak 2 meter dari khemah kitorg. Aku yg mula menggelatar cuba tahan mulut dari mengeluarkan kata-kata, walaupun pada saat itu mulut aku berat je nak tanya dgn kwn yg lain, diorg nampak ke apa yg aku nmpak. tapi aku lupakn niat aku. Lembaga putih tu pandang kat aku sambil lambai-lambai tgn. Lepas tu, aku nampak benda tu terbang keatas pokok beringin yg besar dan hilang kat situ. eee.....seram aku tak terkata mlm tu...tak lama lepas tu, khemah kitorg siap dibaiki. aku cpt2 tarik tgn kwn2 aku masuk dlm khemah.
Aku terus tarik selimut dan selubung, tak ckp satu apa pun ngan kwn2 aku. Diorg pun ingat aku dah ngantuk sgt kot. Masing-masing terus tdo. Esok bgn pagi, baru aku cerita apa yg aku nmpak pd kwn2 aku. Diorg kata, tak nmpak apa2 pun...aku sorg jer yg nampak. nasib baik, kitorg dah nak blk hr tu, kalau tak aku tak tau nak ckp camner. Cukuplah pengalaman bercamping kat hutan, aku tak berani nak sertai aktiviti masuk hutan lagi sejak tu. SERAM beb....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
eee....saya ni pun penakut, tapi suka baca cerita2 seram camni. lagi byk citer2 seram lg best blog nie....yg seram giler laaa.....
ReplyDelete