Monday, April 19, 2010

Kisah di sebuah Kolej swasta

Aku ada satu kisah seram nak cerita kat blog nie...aku nie penakut orgnyer. bagi aku peristiwa ni amat menyeramkan bulu tengkuk. maklumlah, nama pun pompuan. satu ketika dulu masa aku menuntut di sebuah kolej swasta di daerah Cheras, salah seorg roomate aku ada mengalami satu peristiwa yg tak pernah aku sangka n bayangkn. Jauh sekali aku nak bermimpi lalui perkara2 mcm tu semua.

Dorm kami berada di tingkat 3 iaitu tingkat paling atas. Nak dijadikan cerita, pada satu mlm (mesti la mlm kan) ketika semua lampu telah di matikan dan semua penghuni dorm itu telah melelapkan mata, ada seorang pelajar bernama Ayu (bkn nama sebenar) masih blm tidur lagi. Dia cuba menyanyi-nyanyi kecil untuk melayan matanya yg masih blm mengantuk. Dia bersiul lagu 'Jangan ada benci' nyanyian Casey satu ketika dulu. Antara rangkap yg dinyanyikan adalah

"......andainya ada diantara kita nanti,
berubah hala serta memungkiri janji,
jagan ada benci..."

Saat dia berhenti menyanyi dan mahu melelapkan mata, Ayu terdengar seperti ada seseorg mnyambung menyanyikan lagu itu. Suara yg sayup-sayup itu, kedengaran semakin lama semakin dekat dgn katil Ayu. Dia cuba meninjau dari katil tempat dia berbaring kalau-kalau masih ada roommate kitorg yg blm tidur, tapi semuanya nampak mcm dah lena termasuk lah aku.

Sedang Ayu menjeling satu persatu pada katil kwn-kwn kitorg, dia tersentak dgn satu lembaga yg berjalan semakin hampir dgn katilnya. Semakin lama semakin jelas kelihatan satu kelibat seorg remaja perempuan seusia kami berjalan melintasi katil Ayu sambil memeluk satu anak patung, dan terus menembusi dinding. Ayu yg ketakutan terus mencapai naskhah kecil Ayat Kursi yg memang di simpan dibawah bantal, dan memeluk Ayat Kursi itu sambil menutup matanya serapat yg mungkin.Ayu terus berpeluh-peluh menahan ketakutan.

Dalam pada itu, tiba-tiba Ayu dikejutkan dgn suara seorg gadis menyapanya, " tak tidur lagi ke kak, jangan la pura-pura tidur, saya tau akak belum tidur lagi.." Ayu yg terkejut, tak sengaja membuka matanya dan terlihat gadis yg menembusi dinding tadi sedang duduk di hujung katil kwn kami yg bersebelahan dgn ayu. Jelas kelihatan rupanya yg menyeramkan. Selepas itu, suara gadis tadi berselang dengan hilaian yg menakutkan dan terus sayup-sayup menghilang. Ayu jadi kaku dan cuma diam bersembunyi di sebalik selimutnya sehingga pagi...

Pagi itu, seorg dari roommate kitorg menyedari badan Ayu menggigil dan meggeletar dlm selimutnya. Apabila kami mengejutkannya, muka Ayu sgt pucat dan panas. Ayu demam seminggu. Bila dah sihat baru Ayu menceritakan peristiwa mlm tu pd kitorg semua....

Eeeee....memang menyeramkan.





No comments:

Post a Comment